Saturday, February 21, 2015

Saya dealer baru untuk ONEXOX Simkad

ONEXOX??...Itu apa??...best ke???...jimat ke??...laju ke data internet??,,Macam mana hendak memiliki simkad ini??...

ONEXOX ialah One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera  dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.One XOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan, tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi dapat menarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang sentiasa mencari alternatif penjimatan.Disamping penawaran perkhidmatan yang sangat kompetitif, One XOX yang tidak mengamalkan pengiklanan secara terbuka telah membuka peluang perniagaan telekomunikasi 'sebenar' mampu milik kepada semua individu yang berminat dengan menawarkan insentif lumayan dan berpanjangan berkonsepkan perkongsian keuntungan syarikat.One XOX mengalu-alukan semua pelanggan yang dahagakan penjimatan serta usahawan-usahawan yang sedang giat mencari peluang perniagaan untuk mencuba perkhidmatan telus tanpa caj tersembunyi dan memanfaatkan platform perniagaan yang ditawarkan.

Best sebab dapat percuma RM5.00 semasa mendaftar,
kadar 2 sen ke semua rangkaian,
boleh kekalkan nombor sama,
1800 sms percuma selama 1 tahun,
10 nombor keluarga dan rakan ke semua rangkaian,
tiada caj tersembunyi,kadar panggilan serendah 5 sen,
pelan data internet laju dan tiada pay per use,Dapat GANJARAN 5% jika memperkenalkan kepada rakan,
yang paling BEST tempoh sah laku 2 tahun 4 bulan.

cara memiliki contact no.phone saya:0136527421 untuk area REMBAU/contact www.onexox.my

Chapter 6

Mariana,aku dan kawan atau lebih dikenali tunangan mariana,sejak kecil mariana merupakan seorang budak yang sangat disayangi ramai.Aku??...gila tak disaayangi??...Sesungguhnya memang betul pon,aku dulu jenis pendiam,tidak reti bergaul dengan orang ramai dan budak yang pelik...aku memang bertentangan sifat dengan adik kembarku.Disebabkan itu jugalah ramai yang ingin menjadikan dia sebagai isteri,tunangan dia itu antara calon yang terbaik untuknya.Didalam hati aku timbul rasa cemburu sebab tidak sepertinya lalu aku menyendiri lagi.Tunangannya bernama Megat Iskandar shah, keturunan bangsawan(katanya).Bagi aku memang ada sifat n cara perwatakan dia agak formal tapi berkarisma.Aku tidak ambil tahu sangat ketika hari pertunangan dia dulu,tetapi diwajah mariana sungguh bersinar - sinar.Mungkin ada baiknya dia dengan si megat itu,kelakar bukan??,adik bertunang pada usia kanak - kanak(jangan terkejut sangat,keturunan aku memang begitu) .Bgi yang tidak mengenali kami,diaorang akan cakap yang keluarga kami ini kahwin awal sebab gatal sangat tapi bukankah lebih baik mencegah daripada mengubati.itu pandangan aku,suka hati dialah.Sejak aku ingat kembali,Megat tidak pernah menjejaki kaki ke rumah Datuk sejak kematian Mariana,Mungkin kejadian ini membuatkan tamapran hebat baginya.Kehidupan aku sewaktu kanak - kanak sangat kesian kot,tiada orang nak kawan aku sebab aku mempunyai kebolehan yang sangat istimewa tapi bagi aku ianya seperti malapetaka.Kebaikannya cuma tiada sesiapa yang buli aku dan aku hanya bermain dengan hantu - hantu,jin - jin dan ustazah.Ianya memang sangat tidak menyeronokkan tapi selalunya kehendak aku diikuti sebab aku tidak banyak karenah.Seronok tengok Mariana dan kawan - kawannya bermain selalunya dari jauh ataupun di tingkap rumah.Kami sangat berbeza tapi sejak mariana meninggal,aku menjadi lebih disayangi??...lebih dilindungi??...lebih kesian??...Aku cuba lupakan perasaan itu tapi tidak boleh,ianya hanya lebih menghantui aku.Dalam bilik,aku cuba tenangkan diri tetapi tidak dapat lalu aku membuka tingkap bilik,sambil menghilangkan rasa sakit ini.Lihat pandangan malam,membuatkan hati aku suram dan malap untuk berkarya.Hilang emosi dan harapan,sedih gila??...macam pelik saja cerita ini tapi disebalik kisah ini,ada kisah akan tersirat iaitu kemunculan Megat akan menjadi lebih menarik dan maria sebenarnya hilang ingatan disebabkan apa,,,tunggu chapter selepas ini,terima kasih...=)

Tuesday, October 14, 2014

Chapter 5

Ibuku teragak - agak untuk menjawab, ayah mengeluh dengan berat sekali dan nenek berubah muka.Datuk aku langsung tinggalkan meja makan dan menerus ke bilik.Aku mendiamkan diri."Mariana itu,adik kembar maria...Maria tidak mengingati kewujudan mariana kerana maria hilang ingatan."Ibu mula berbicara,"Ibu cuba memberitahu maria tetapi tidak ada kesempatan,Tolong fahami, ibu hanya mahukan maria selamat."Ibu terus menerangkan, Aku diam dan mendengar."Waktu itu,Maria dan mariana bermain buaian di belakang rumah datuk...Maria hampir diculik untuk menghalangnya daripada berlaku..."Ibu teresak - esak menangis.Aku mula rasa sakit kepala dan cepisan "image" masuk ke dalam otak aku."Apa berlaku lepas itu ibu??",aku menanyakan kepada ibu."Dia tukar tempat dengan kamu kerana dia sangat menyayangi kamu, Dia tidak mahu kamu jadi "burung dalam sangkar emas".Dia nak kamu hidup dengan ceria seperti mentari tetapi semuanya berlaku dengan cepat,Penculik tahu ianya bukan kamu dan membunuh dia dengan kejam.Ibu terlambat bertindak, dia pergi tinggalkan kita semua dan membawa hilang separuh hati kita"...Ibu menghabiskan bicaranya dengan tangisan mengalir dipipi."Semuanya disebabkan saya??, apa jadi pada saya??...ibu??.."aku terkejut dan memandang ibu seakan tidak percaya."Maria adalah waris tunggal keturunan diraja,ibu bawak lari maria keluar dari tempat neraka itu".ibu diam."Keturunan raja??...Apa ini??...sekejap, Maria ada adik kembar,kenapa maria jadi pewaris tunggal??.."Aku membantah. "Sebab Maria di anugerahkan pangkat diraja.Mariana tidak terpilih kerana bakatnya tidak mengalir didalam dirinya...Akibat daripada itu, Maria dijadikan sebagai "target" oleh orang yang tak berguna.Maria mengalami kecederaan teruk akibat perbalahan itu." Aku macam tidak percaya.Ini dah kategori cerita dongeng orang melayu je,merepek sungguh.Datuk membawa kotak kayu lama dan diletakkannya di hadapan aku. Aku tetiba dapat "flash back",seorang budak perempuan menghadap seseorang,orang itu seperti golongan di raja."Kotak Puaka!!!...." aku tetiba menjerit."Maria!!!....Kenapa cakap macam itu??..."..Datuk pandang aku dengan muka terkejut.aku mengenggam jari,"Sebenarnya ini semua bohong,Aku berhak atas Segala - galanya..Bukan kau!!!".Aku pandangan dan cuba memahami dalam diri sambil badanku dihuni oleh benda asing.Hilang perasaan sedih, sayang dan duka hanya ada dendam sahaja.Kotak itu mengandungi segala jawapan.Aku bagaikan dalam mimpi yang tiada penghujung.Aku cuba bangun dan lawan tapi niat ini tidak kesampaian.Semakin lama,semakin menghilang memori dalam diri aku.Aku buka mata lalu memandang sekeliling,rupa -rupanya aku hanyalah bermimpi tapi aku memang ada adik kembar.Pasal keturunan diraja itu memanglah mimpi saja.Aku kehilangan arwah adikku disebabkan mati lemas akibat arus deras,waktu itu aku cuba selamatkan dia tapi aku tergelincir ke atas batu, lalu aku pengsan dan hilang ingatan.Ini hakikat yang sebenar.

Wednesday, October 8, 2014

Chapter 4

Rasa selamat tidur bersama ibu, Ibu adalah orang paling aku sayang.Jangan tanya kenapa kerana kau orang pun tahu sebabnyakan.Awal pagi juga aku bangun sebab hati aku memang tidak tenang.Entah apa yang belaku pada aku nanti kalau orang yang paling aku sayang tiada dan aku termenung jauh ke luar jendela.Tiba - tiba,memegang aku dari belakang.Terkejut aku."Astagfirullah hal azim!!"..(sebaik aku tak mencarut yang bukan - bukan).'"Maria sayang,kenapa termenung ni??.Dari semalam ibu tengok sayang begini.Ibu sangat risau"tegur ibuku."Tiada apa - apa ibu.Atuk macam mana bu??...".Pandangan aku masih tidak berganjak daripada tadi.Aku hanya mendengar tapi aku tetap rasa semua itu salah aku.Aku rasa bersalah sangat.Bila aku balik kampung,mesti akan ada benda aneh yang berlaku.Ibu mesti tidak mahu mencerita.Aku tidak tahu kenapa dan aku merasakan ada benda yang ibuku rahsiakan tapi kenapa perlu berbuat begitu.Semua menjadi tanda tanya.Aku hanya diamkan diri sehinggalah azan subuh berkumandang.Aku segera masuk menunaikan solat subuh dan sememangnya aku akan ber"jogging" keliling kampung sebelum sarapan.Semasa aku berlari,mesti ada saja yang menganggu aku tapi aku tidak pedulikan sebab mesti ayah aku akan ada dibelakang.Ayah aku ini bekas tentera dan memang kewajipan dirinya untuk "fit" kan badan.Aku pun ikut genatik dia, sebab itu badanku kira "solid"...hihi.."Ayah,maria nak teruskan larian nanti jumpa di rumah atuk ye..."Aku teruskan larian hingga ke hujung kampung.Pada masa yang sama,"Dia sama macam mariana,macam mana aku hendak terangkan segalanya kepada dia?"..Bisik Ayahku.Ayahku berlari balik ke rumah.Sementara itu, Aku reggangkan badan dan di tegur oleh seorang jejaka, tampan wajahnya dan bahasanya juga manis tidak seperti jejaka di kampung ini.Ini pelik, aku berbelah antara hendak melarikan diri atau layan dia.Seketika kemudian, Aku memilih untuk melayan jejaka ini, mungkin aku dapat apa - apa "information".Kami berborak dan dia asyik memanggil aku dengan panggilan mariana.Siapa mariana?,apa yang dia cakap ini? dan kenapa aku tidak ingat langsung pasal dia ini?.Akhirnya, aku berterus terang yang aku bukan mariana dan aku mariam.Dia diam, pandangan dia lain dan dia berlalu pergi.Apa ini?.kenapa dia lari daripada aku? dan apa yang tidak kena pada aku?..Ini memang pelik,Aku mesti cari jawapan disebalik kejadian yang merepek ini.Aku berlari menuju ke rumah atuk."Assalammualaikum!!" jeritku di luar."Waalaikummussalam sayang,Dah balik pun cucu nenek ini.Risau nenek,maria lambat balik tadi.Nenek nak je suruh atuk kamu ini pergi cari, takut - takut kamu tersesat."sambil nenek peluk aku."Nenek ni risau sangat,maria ok jelah nek.Setakat kampung ni, Insya Allah maria takkan tersesatlah nek.lagipun, maria dah bagitahu ayah yang maria nak lari lagi.Ni mesti ayah tak bagitahu nenek kn?..ayah?"..aku pandang ayahku dengan kening terangkat.Ayahku ketawa geli hati, Apa yang di ketawakan pun aku tidak tahu.Aku menuju ke bilik dan mandi,setelah selesai mandi macam biasalah menuju ke dapur untuk makan sarapan.Syok gila dapat makan masakan nenek."Yummy...macam - macam ada, macam kenduri pun ada dah nie".Ibu dan ayah hanya tersenyum dan pandang aku."I'm missing something here mum and dad".aku pandang dengan penuh tanda tanya."haisshh!!..budak bertuah ni,Hari Jadi sendiri pun dah lupa ke??..."sambil ibu sergah."owh.." desik aku dalam hati,aku diam dan pandang saja makanan."Ibu...Mariana itu siapa?.."aku memulakan bicara. 

Chapter 3

Dalam dingin pagi,kepisatan mata aku.Aku gagahi jua diri ini untuk bangun dari tidurku yang lena.Terhoyang - hayang aku berjalan keluar menunju ke dapur,tersengut - sengutlah aku dimeja makan.Ibuku sangat lemah lembut dan sabar orangnya,walaupun begitu garangnya tetap ada."Bu,ayah mana?..NgatukNya.." sambil menguap mulut,aku menanyakan soalan kepada ibu."Sudah lama dia keluar,nak tunggu anak dara dia seorang ini memang lambatlah.Ayahnya ke kebun tolong datuk, yang maria ini dah janji nak tolong tapi bagun pula lambat.Apa yang maria buat malam tadi?."membebel seorang diri,"Ibuuu....sudahlah tu...adik terjaga semalam,terdengar bunyi bising dekat luar rumah nenek.Yang peliknya adek nampak kelibat manusia warna putih...Serius!!!..tak tipu..."sambil merengek manja dengan ibu.Ibuku terus mendiamkan diri dan membiarkan seperti tidak mahu aku mempedulikan perkara seperti itu.Aku melepetkan muka diatas meja makan,"Sudah - sudahlah tu...Pergi mandi dan tolong ibu masak".Ibu mengarahkan aku pergi,dengan rasa mengantuk,malas dan longlai aku pergi menuju ke bilik untuk mengambil barang mandian.Tetiba kedengaran riuh di luar rumah.Aku mengintai sekejap sebelum berlalu ke bilik mandi,biasanya di kampung kalau kami pulang memang ribut 1 kampung.Kami bukan orang yang "popular" tapi memang beradalah.Keluarga memang penting bagi kami sebab keluarga aku ini tidak terlalu ramai berbanding keluarga lain.Selepas 30 minit, Aku masih mendengar keriuhan orang di luar rumah.Aku semakin ingin tahu dan terus keluar,rupa - rupanya datuk aku di serang oleh suatu lembaga yang tidak dikenali.Aku mendiamkan diri,"Adakah aku yang menyebabkan perkara ini berlaku?.." desak hati kecil aku.Aku perlu tahu tapi aku masih diamkan diri dan ikut saja apa yang ibu arahkan.Selepas malam menjelma,perangai datuk aku menjadi semakin pelik seperti resah dan gelisah sambil memandang kiri dan kanan.Aku tegur datuk,dia terus - terusan mengilai.Aku sangat takut,segera ayahku membawa aku pergi sambil memelukku erat."Ayah!!!...Atuk!!!..Salah saya!!!.."sambil menangis aku berlalu pergi.Sewaktu itu jugak imam dan ustaz datang.Imam dan Ustaz itu hanya pandang aku dan senyum.Semakin lama,aku seperti hilang kawalan badan.Aku rasa seperti lama sangat dan aku terdengar laungan Azan.Bila aku tersedar,Aku betul - betul berada di tempat yang aku ternampak lembaga malam semalam.Ayah aku dengan mukanya sangat risau datang memeluk aku dan segera membawa aku masuk ke rumah.Pada malam itu,Ibu temani aku tidur di bilik dan ayah mengawal di luar.

Friday, August 22, 2014

Chapter 2

Aku bangun dari tidur yang diganggu oleh bunyi dengkuran."BisingNya...Aku mahu tidur lagi." desak hatiku.Nampaknya jauh lagi masa berlalu.aku keluar bilik mengambil angin,mungkin akan jumpa benda - benda menarik memalam ini.Fikir hendak belajar memang TIDAKlah.Biar aku menikmati tengah malamku dengan suasana di halaman rumah.Ingin berkarya memalam ini memang terbaik tapi peralatan aku tinggal di rumah.sekarang ini aku di rumah nenek,aku melihat disekitar halaman yang suram.aku ternampak bentuk lembaga manusia di hadapan pintu pagar rumah nenek.Mukanya putih tapi kelihatan sayu inginku tegur memang tak berani.Aku cuba tangkap gambar guna telifon bimbit.selesai tangkap,jelmaan itu ghaib.Pelik bukan?.aku yang nampak lagilah pelik.Aku cuba melihat sekeliling mungkin ternampak,aku tidak terfikir boleh ghaib macam itu sajakan.Aku nampak jelmaan itu
menuju ke hutan,mungkinkah ada rumah di dalam hutan?,setahu aku tidak ada kan?.Ini sangat pelik,Esok aku akan tanya kepada ayah pasal ini.Sangat pelik dan menarik bolehlah aku menulis di blog akukan?.Menarik,jom sambung tidur balik.MataKu mulai melayu.

Monday, August 18, 2014

Chapter 1

Aku ini pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan seperti orang - orang biasa.Kata ayahku "Ibuku hendak aku belajar di sana kerana bersusah dulu baru bersenang - senang kemudian.".Ayahku ingin aku belajar di sekolah elite.Pada pendapat aku mana - mana sekolah pon ok saja yang penting tekad untuk belajar tu ada.Aku ada ramai kawan tapi dalam ramai - ramai kawan itu aku cuma percayakan seorang.Nama dia,Haikal Bin Dato' Shazwan.Oklah,aku sejujurnya memang tahu dia ini anak orang berada yang peliknya dia ini jenis tak kesah langsung pasal status keberadaan dia ini.Dia ini aku anggap kawan aku sebab dia tak ada minat langsung pada aku sebab selalunya lelaki akan susah payah nak pikat aku.Aku ini kategori perempuan full package lah.Bukan nak bangga diri tapi hanya menyatakan fakta saja.Aku sangat rasa senang bersama dia.Aku memang anggap dia lain,dia agak ke arah songsang itu citarasa dia tapi otak dia luar biasa hebat,kita takkan dapat teka apa yang cuba dilakukannya.Kami memang suka kenakan orang.Sekarang ini kurang sikit kerana fokus kami lebih ke peperiksaan Sijil Pembelajaran Malaysia(SPM) kalau tak silap akulah.Semua nak aku skor tinggi kerana aku anak tunggal.Untung sebab keluarga akan lebih fokuskan aku seorang.Gerak geri aku selalu diperhatikan orang sekeliling.Kalau nak ditawarkan menjadi model atau pelakon memang selalu kena tolak kerana ayah aku memang tidak berkenan anak dia jadi penghibur."Belum cukup matang untuk memikul tanggungjawab berat dan aku masih mampu tanggung anakku sampai ke menara gading,tidak perlu bersusah payah anakku bekerja" kata ayah aku.Aku diam dan lebih fokuskan pembelajaran ketika itu,aku pun tidak memikirkan sangat pasal tawaran itu tapi in case kalau ada hati nak jadi artis aku simpanlah kad itu sambil aku tersenyum dan menyimpan di dalam laci.