Monday, August 18, 2014

Chapter 1

Aku ini pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan seperti orang - orang biasa.Kata ayahku "Ibuku hendak aku belajar di sana kerana bersusah dulu baru bersenang - senang kemudian.".Ayahku ingin aku belajar di sekolah elite.Pada pendapat aku mana - mana sekolah pon ok saja yang penting tekad untuk belajar tu ada.Aku ada ramai kawan tapi dalam ramai - ramai kawan itu aku cuma percayakan seorang.Nama dia,Haikal Bin Dato' Shazwan.Oklah,aku sejujurnya memang tahu dia ini anak orang berada yang peliknya dia ini jenis tak kesah langsung pasal status keberadaan dia ini.Dia ini aku anggap kawan aku sebab dia tak ada minat langsung pada aku sebab selalunya lelaki akan susah payah nak pikat aku.Aku ini kategori perempuan full package lah.Bukan nak bangga diri tapi hanya menyatakan fakta saja.Aku sangat rasa senang bersama dia.Aku memang anggap dia lain,dia agak ke arah songsang itu citarasa dia tapi otak dia luar biasa hebat,kita takkan dapat teka apa yang cuba dilakukannya.Kami memang suka kenakan orang.Sekarang ini kurang sikit kerana fokus kami lebih ke peperiksaan Sijil Pembelajaran Malaysia(SPM) kalau tak silap akulah.Semua nak aku skor tinggi kerana aku anak tunggal.Untung sebab keluarga akan lebih fokuskan aku seorang.Gerak geri aku selalu diperhatikan orang sekeliling.Kalau nak ditawarkan menjadi model atau pelakon memang selalu kena tolak kerana ayah aku memang tidak berkenan anak dia jadi penghibur."Belum cukup matang untuk memikul tanggungjawab berat dan aku masih mampu tanggung anakku sampai ke menara gading,tidak perlu bersusah payah anakku bekerja" kata ayah aku.Aku diam dan lebih fokuskan pembelajaran ketika itu,aku pun tidak memikirkan sangat pasal tawaran itu tapi in case kalau ada hati nak jadi artis aku simpanlah kad itu sambil aku tersenyum dan menyimpan di dalam laci.

No comments:

Post a Comment